
Johor Toyyiban Laboratories (JTLab) telah menganjurkan Bengkel Penyenaraian Pengusaha Sediaan Di Rumah (Home-Based Food) Kementerian Kesihatan Malaysia pada 4 Disember 2022. Terima kasih diucapkan kepada peserta-peserta dan penceramah yang dijemput khas dari Jabatan Kesihatan Negeri Johor, Puan Nina Elyana binti Zulkipli.
Peserta-peserta juga turut didaftarkan terus di laman web FOSIM ketika Bengkel ini diadakan.
Semoga peserta-peserta yang merupakan usahawan-usahawan di sekitar negeri Johor mendapat manfaat daripada Bengkel ini.
