Pematuhan JTLab terhadap Standard MS ISO/IEC 17025:2017 dan keperluan Skim Akreditasi Makmal Malaysia (SAMM)

JTLab telah diaudit dan dinilai oleh pihak Jabatan Standard Malaysia (DSM) pada 25 Januari 2023 bagi pengekalan Akreditasi. Tujuan penilaian audit dijalankan adalah bagi memastikan pematuhan JTLab terhadap Standard MS ISO/IEC 17025:2017 dan keperluan Skim Akreditasi Makmal Malaysia (SAMM).

Pasukan Penilai diketuai oleh Madam Ng Pui Wan dan Kumpulan Teknikal terdiri daripada Dr. Mohamad Raizul Zinalibdin (Jabatan Kimia Malaysia), Dr. Norhayati Moris (Lembaga Getah Malaysia-Pesara), dan Prof. Dr. Son Radu (Universiti Putra Malaysia-Pesara).

Secara keseluruhannya JTLab telah berjaya mengimplementasi dan mengekalkan Sistem Pengurusan Kualiti Makmal yang memenuhi Standard ISO/IEC 17025 dan SAMM.

Leave a Reply

Your email address will not be published.

You may use these <abbr title="HyperText Markup Language">html</abbr> tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <s> <strike> <strong>

*

×