
Johor Toyyiban Laboratories Sdn Bhd (JTLab) bersama Perbadanan Usahawan Johor Sdn Bhd (PUJB) telah menganjurkan Kursus Keusahawanan: Pembungkusan Produk & Jangka Hayat Makanan pada 26 September 2023 bertempat di UTM-MTDC, Skudai, Johor.

Jutaan terima kasih diucapkan kepada para penceramah dan peserta yang menyertai kursus ini. Diharapkan semua peserta dapat menambah ilmu berkaitan cara pembungkusan produk yang betul, cara menentukan jangka hayat produk serta teknik pemprosesan produk makanan tanpa pengawet melalui kaedah home based.

Didoakan juga agar perniagaan para peserta bertambah berjaya dan maju pada masa akan datang. Insya-Allah.
