
Pada 22 Julai 2024, Maju Johor dan Perbadanan Usahawan Johor Sdn Bhd (PUJB) telah menganjurkan Kursus Keusahawanan bersama Johor Toyyiban Laboratories Sdn Bhd: Penyenaraian Pengusaha Makanan Sediaan di Rumah (Homebased) yang bertempat di Bilik Seminar, UTM-MTDC Technology Centre Phase II Technovation Park, Skudai, Johor.

Kursus ini juga bertujuan sebagai sebuah inisiatif kolaboratif yang menghubungkan antara industri dan keusahawanan kecil-kecilan sektor makanan yang terdapat dalam kalangan peserta.


Antara tujuan utama intipati kursus ini adalah untuk menggalakkan pengusaha home-based food mengamalkan amalan penyediaan makanan yang bersih dan selamat dan membantu pengusaha memenuhi keperluan perundangandi bawah Akta Makanan 1983 dan peraturan- peraturan di bawahnya.
Diharapkan juga agar ilmu yang diperolehi oleh peserta adalah bermanfaat dalam membangunkan lagi perniagaan masing-masing untuk menjadi lebih maju pada masa akan datang.