
Pada 12 Ogos 2024, Maju Johor dan Perbadanan Usahawan Johor Sdn Bhd (PUJB) telah menganjurkan Kursus Keusahawanan bersama Johor Toyyiban Laboratories Sdn Bhd: Pembungkusan, Jangka Hayat & Retort Homebased Bagi Pes Makanan (Siri 1) yang bertempat di Bilik Seminar, UTM-MTDC Technology Centre Phase II Technovation Park, Skudai, Johor.



Sepanjang Kursus dijalankan, peserta telah memperoleh pemahaman yang mendalam tentang kepentingan teknik pembungkusan yang tepat untuk memastikan kualiti dan keselamatan produk makanan terjamin. Bimbingan mengenai cara-cara menentukan jangka hayat produk, serta memahami proses retort telah berjaya dalam memanjangkan jangka hayat tanpa menjejaskan kualiti rasa dan nilai nutrisi makanan. Pengetahuan ini sangat berharga dalam memastikan produk yang dihasilkan bukan sahaja selamat untuk pengguna tetapi juga memenuhi piawai pasaran. Kursus ini telah membuka peluang kepada peserta untuk memperluas kemahiran dalam industri makanan, terutamanya dalam mengembangkan produk makanan kendiri.

Didoakan juga agar maklumat yang dikongsi selama kursus dijalankan menjadi manfaat serta perniagaan peserta-peserta bertambah berjaya dan maju pada masa akan datang. Insya-Allah.