Majlis Menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) antara Johor Toyyiban Laboratories (JTLab) dan Majlis Bandaraya Pasir Gudang (MBPG)

Alhamdulillah syukur, JTLab melangkah lagi setapak dengan menjalinkan kerjasama strategik melalui Majlis Menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) antara Johor Toyyiban Laboratories (JTLab) dan Majlis Bandaraya Pasir Gudang (MBPG) berjalan dengan lancarnya.

JTLab diwakili Pengerusi JTLab, YB Tuan Mohd Fared bin Mohd Khalid dan Penasihat Majlis Agama Islam Negeri Johor (MAINJ), Dato’ (Dr.) Nooh bin Gadot manakala pihak MBPG diwakili Datuk Bandar Pasir Gudang, Y.Bhg Dato’ Asman Shah bin Abd Rahman dan Ahli MBPG, Y.Bhg Dato’ Haji Mohd Amin bin Ahmad dengan kehadiran Y.Bhg Dato’ Tuan Haji Rofiki bin Dato’ A. Shamsudin, Pengarah Jabatan Agama Islam Negeri Johor (JAINJ) dan En. Mohd Hafiz bin Aliman, Setiausaha MBPG.

Adalah diharapkan kerjasama ini akan terus memberikan manfaat yang mampan buat kedua-dua pihak.

#johortoyyibanlaboratories

#jtlab

#majlisbandarayapasirgudang

#MBPG

Leave a Reply

Your email address will not be published.

You may use these <abbr title="HyperText Markup Language">html</abbr> tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <s> <strike> <strong>

*

×