Persetujuan Memorandum Persefahaman (MOU) bersama Kolej Universiti Islam Johor Sultan Ibrahim (KUIJSI)

Pada 15 Julai 2024, mesyuarat persetujuan MOU antara JTLab dengan KUIJSI berlangsung pada pukul 2.30 pm, dimana MOU adalah satu inisiatif strategik yang melibatkan kedua-dua pihak dalam usaha untuk meningkatkan sinergi dan kolaborasi di dalam bidang penyelidikan, pembangunan, dan pendidikan. Mesyuarat ini memberikan peluang yang berharga untuk merefleksikan nilai dan kepentingan kerjasama yang saling menguntungkan antara sektor industri dan pendidikan tinggi.

MOU bertujuan untuk menggalakkan kerjasama akademik, inovasi, kolaborasi dan pembelajaran praktikal, serta memupuk kelebihan daya saing dan meningkatkan pengetahuan dan kemahiran universiti. MOU juga menggalakkan kerjasama dalam bidang pengurusan perniagaan, teknologi, dan pendidikan.

Kewujudan persetujuan ini adalah penting untuk mengenal pasti kekuatan dan kelemahan, serta potensi untuk pertumbuhan dan penyempurnaan lanjutan. Ia juga memperlihatkan setiap aspek major dalam menyokong inovasi, pembelajaran berterusan, dan pembangunan komuniti secara menyeluruh.

Leave a Reply

Your email address will not be published.

You may use these <abbr title="HyperText Markup Language">html</abbr> tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <s> <strike> <strong>

*

×