Pada 22 Julai 2024, Maju Johor dan Perbadanan Usahawan Johor Sdn Bhd (PUJB) telah menganjurkan Kursus Keusahawanan bersama Johor Toyyiban Laboratories Sdn Bhd: Penyenaraian Pengusaha Makanan Sediaan di Rumah (Homebased) yang bertempat di Bilik Seminar, UTM-MTDC Technology Centre Phase II Technovation Park, Skudai, Johor.

Kursus ini juga bertujuan sebagai sebuah inisiatif kolaboratif yang menghubungkan antara industri dan keusahawanan kecil-kecilan sektor makanan yang terdapat dalam kalangan peserta.

Kursus ini telah menjemput pembicara khas iaitu Pn. Norhidaya binti Md Samiri yang merupakan Penolong Pengarah Kanan, Bahagian Keselamatan dan Kualiti Makanan, Jabatan Kesihatan Negeri Johor.

Antara tujuan utama intipati kursus ini adalah untuk menggalakkan pengusaha home-based food mengamalkan amalan penyediaan makanan yang bersih dan selamat dan membantu pengusaha memenuhi keperluan perundangandi bawah Akta Makanan 1983 dan peraturan- peraturan di bawahnya.

Diharapkan juga agar ilmu yang diperolehi oleh peserta adalah bermanfaat dalam membangunkan lagi perniagaan masing-masing untuk menjadi lebih maju pada masa akan datang.

Leave a Reply

Your email address will not be published.

You may use these <abbr title="HyperText Markup Language">html</abbr> tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <s> <strike> <strong>

*

×