Johor Toyyiban Laboratories Sdn Bhd bersama Perbadanan Bioteknologi & Biodiversiti Negeri Johor telah menjayakan Kursus Penilaian Sensori Makanan pada 29 Oktober 2023 bertempat di ICC UTM, Skudai.

Kursus ini memberi peluang kepada lebih 30 orang usahawan makanan dan minuman sekitar negeri ini menimba ilmu dan kemahiran serta berkongsi pengetahuan berkaitan teknik asas penilaian deria dalam penilaian jangka hayat dan kualiti makanan.

Jutaan terima kasih diucapkan kepada penceramah dan para perserta yang menjayakan kursus ini. Semoga usaha anda semua menghasilkan kejayaan pada masa akan datang.

Komitmen kami adalah untuk terus membantu usahawan Negeri Johor terutamanya usahawan makanan dan minuman agar terus maju dan berjaya menerusi pelbagai kursus, latihan, seminar serta servis analisis makmal dengan harga yang berpatutan.

Leave a Reply

Your email address will not be published.

You may use these <abbr title="HyperText Markup Language">html</abbr> tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <s> <strike> <strong>

*

×